Monday 9 May 2016

Tingkatan 6

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah berfikir, aku memutuskan untuk 'melanjutkan' pelajaran di Tingkatan 6 di sekolah yang sama iaitu SMK Naka. Ramai kawan-kawan lama yang lain bersependapat dengan aku untuk belajar di tingkatan 6.. Tak tahulah apa yang difikirkan oleh mereka. Tetapi, bagi aku, aku ada azam yang satu, iaitu nak masuk universiti dengan laluan yang mudah dan cepat.. Jadi, tingkatan 6 adalah salah satunya jalan yang mudah dan cepat berbanding yang lainnya. Mudah dan cepat itu adalah dari segi laluan, tapi, dari segi pembelajaran, tingkatan 6 adalah pembelajaran yang agak susah untuk dibandingkan dengan yang lainnya seperti Matriks, Diploma dan sebagainya..

Rakan-rakan lelaki seperjuangan STPM 2016 SMK Naka...



Rakan-rakan lelaki dan perempuan STPM 2016 SMK Naka..

Apapun yang datng, aku akan tetap belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai hajatku, azamku, impianku yang satu iaitu melanjutkan pelajaran di universiti setelah tamat dengan keputusan yang cemerlang di STPM 2016.. Doakan buat saya dan rakan-rakan seperjuangan semua dipermudahkan urusan dan semuanya meraih kejayaan yang cemerlang. aamiin.. Terus setia..



Friday 15 April 2016

Salam Pengenalan -always be good-

Assalamualaikum.. salam sejahtera serta salam muhibbah buat semua.. alhamdulillah buat kali pertamanya saya dapat menjinakkan diri dalam bidang blog ni.. tengok la gambar di atas ni, nampak excited ja, lebih kurang Pemegang Mohor Besar Raja-raja time nak umum tarikh puasa dan raya yang sememangnya menjadi perhatian dan saat yang dinanti-nantikan buat seluruh umat manusia terutamanya umat Islam di Malaysia.. hehe..

Jadi, setakat itu sahaja salam kenalan dari saya.. saya mengharapkan agar, saya berjaya dalam dunia blog ini dalam melahirkan satu impak positif buat saya dan para pembaca.. hehe..

Sentiasalah sokong dan perbetulkan saya jika ada salah dan silap supaya saya dapat mempelajari ilmu yang baharu yang akan menjadi satu wadah yang bermanfaat buat saya..

Teruskan setia bersama blog saya untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai kehidupan saya.. assalamualaikum.. jumpa lagi..